24 January 2016

Majulah muslim untuk negara!

Salam.

Syukur alhamdulillah sbb aku masih lg ada keinginan utk hidupkan blog ni, hahahaha.

Mengikut topik di atas, 

Ada jugak aku terfikir kenapa bangsa aku masih belum maju dari pelbagai aspek, kenapa dan mengapa. 

Salah satunya adalah layanan. Atau dlm bahasa jawa, services. 😂

Aku rasa semua pernah lalui dan rasa.

Pernah dilayan mcm sampah oleh orang yg incharge customer services?

Pernah dipandang tak berduit bila masuk kedai mahal?

Atau pernah dimaki, kena marah dgn pelanggan?

Pernah kau perhati dan lihat majoriti yg berkelakuan sebegitu dari bangsa apa?
Bukan aku racist atau pilih kasih.

Cuma aku malu, dan aku bercakap ini utk bangsa aku (termasuk aku sendiri) untuk sedar dan ubah mentaliti itu.

Ya kadang pelanggan salah, kadang pelayan juga salah. Tp tak salah utk kita meminta maaf dan menegur secara baik.

Aku juga pernah berada di situasi ini, aku terbawa-bawa ego dan marah aku semasa kerja sehinggakan semua tak kena, hbis pelanggan tu aku maki.

Tapi tersedar aku, silap aku. Aku tak ptot buat mcm tu. Semua orang ada masalah, tp diri sendiri kena pandai atasi. Dari situ dan sejak tu aku belajar, aku ckp kat diri jangan pernah aku melayan orang mcm tu.

Maaf diri ini jika ada kata-kata di atas buat anda terasa.
Tp inilah realiti, semoga bangsa kita, umat Rasulullah dpt maju dan berfikir.

Aku percaya pasti ada yang akan menegakkan kebenaran.

Aku berdoa supaya Malaysia selamat, dan berharap semua krisis yg ada dpt dibendung. Amin Ya Rabb.

Pendosa tegar,
Deknab. 🌷